Friday 30 December 2011

ingat, ia semakin hampir!


“ apabila bintang-bintang telah dihapuskan. Dan apabila langit terbelah. Dan apabila gunung-ganang dihancurkan dan berterbangan.”
(surah al-Mursalat 77: 8-10)

Petanda hari kiamat

Inilah sebahagian daripada petanda-petanda yang berlaku pada akhir zaman ini.
Petanda besar
Petanda kecil
Keluar asap yang mengakibatkan penyakit
Anak menderhaka kepada ibu dan ayah
Muncul dajjal
Wanita tidak berpakaian dengan sebenarnya
Keluar dabbah
Membela orang yang melakukan kesalahan
Matahari terbit arah barat
Ramai orang soleh dan ulama meninggal dunia
Nabi isa a.s. turun ke bumi
Masjid didirikan hanya untuk bermegah-megah
Muncul yakjuj dan makjuj
Manusia berbangga melakukan dosa
Gempa bumi di timur, barat, dan semenanjung arab
Hiburan dan zina berleluasa dalam kalangan masyarakat
Api besar yang akan membawa manusia ke padang mahsyar
Banyak fitnah, gossip, dusta, dan pembohongan yang disampaikan

mari bersiap!
--> bersihkan diri dan hati, bersiap sedia untuk bertaubat
--> memperkemaskan ibadah fardhu iaitu solat, puasa, zakat dan haji
--> 'taqarrub ila Allah' dengan menghadiri majlis ilmu serta memperbanyakkan lagi ibadah kepada Allah
--> menjaga hubungan sesama manusia terutama dengan ibu dan ayah
-->menguruskan hal dunia sama ada belajar, bekerja, berniaga dan sebagainya dengan tidak melupakan akhirat
-->membuang segala sifat mazmumah, berusaha meraih sifat mahmudah

kalau kita melihat kepada petanda kecil kiamat ni, rase nye terlalu hampir sangat kiamat dengan kita semua. jadi sudah bersediakah kita untuk menghadapi nya??x takut kah kamu kepada kematian sedangkan dosa masih bergunung-gunung setinggi gunung Everest malah lebih dari itu?? marilah ramai-ramai kita merenung kembali kelakuan kita. banyakkan bermuhasabah diri..
wassalam..

Thursday 29 December 2011

apa ada pada wuduk?


“wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas keci), maka (berwuduklah)- iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…”
(surah al-Maidah 5:6)

Takrif wuduk
Kalimah wuduk adalah berasal daripada perkataan ‘al-wadha’ah’ yang membawa maksud elok dan berseri. Manakala dari aspek syarak pula bermaksud perbuatan menggunakan (meratakan) air pada anggota-anggota tertentu dengan disertakan niat.

Hukum wuduk sebelum solat
Amalan wuduk mempunyai kedudukan yang tinggi dan menjadi syarat dalm ibadah solat. Dengan kata lain, jika seseorang itu tidak berwuduk sebelum menunaikan solat, maka solatnya adalah dikira tidak sah menurut pandangan syarak. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim: “Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu yang berhada sehinggalah dia berwuduk.”

Rukun wuduk
Menurut ulama’ mazhab Syafi’I, rukun-rukun wuduk adalah seperti berikut:
         i.           Niat
       ii.            Membasuh muka
      iii.            Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
     iv.            Menyapu sebahagian kepala walaupun sehelai rambut selagi mana rambut itu berada dikawasan kepala
       v.            Membasuh dua belah kaki hingga buku lali
     vi.            Tertib mengikut turutan rukun seperti yang dinyatakan diatas

Perkara yang membatalkan wuduk
Wuduk akan terbatal disebabkan 5 perkara:
         i.            Keluar sesuatu daripada qubul ataupun dubur.
       ii.            Tidur dalam keadaan tidak tetap punggung nya.
      iii.            Hilang akal
     iv.            Seorang lelaki menyentuh isterinya ataupun perempuan ajnabiah tanpa berlapik.
       v.            Menyentuh kemaluan sendiri ataupun orang lain samaada qubul ataupun dubur dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.

Mengapa kita perlu berwuduk dengan sempurna?
Ilmu berkaitan tatacara berwuduk adalah amat penting untuk kita fahami sebagai usaha memastikan wduk kita benar-benar menepati fiqah selain menjulang tinggi falsafahnya. Tidak terhenti sekadar itu, sebenarnya Allah telah menyediakan tawaran luar  biasa bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh dan berusaha berwuduk dengan cara yang peling sempurna. Allah telah menjanjikan keampunan dosa kepada orang yang berwuduk dengan sempurna. Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:
“sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, dosa-dosanya keluar daripada badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.”
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita menyempurnakan wuduk dengan sebaik mungkin. Perkara rukun dibuat sehabis baik, begitu juga perkara sunat. Mudah-mudahan Allah menerima amalan tersebut. Moga hari ini lebih baik dari semalam! Ayuh teman-teman kita sempurnakan wuduk!

Tuesday 27 December 2011

menguatkan diri dengan malu..


Malu selalunya menjadi kalungan mutiara yang menghiasi diri kaum hawa. Sifat malu boleh menguatkan diri kita sebagai seorang mukmin. Sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seorang mukmin lelaki ataupun wanita daripada melakukan perkara yang dapat menghancurkan dan memusnahkan maruah diri dan agamanya. Malu juga merupakan gambaran akhlak terpuji seorang mukmin sejati. Seorang mukmin yang memiliki perasaan malu membuktikan yang dia memiliki hati dan jiwa yang murni, sentiasa menjaga maruah diri dan tidak sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh agama.
Oleh itu, malu adalah perisai mukmin. Malu juga merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang iman. Benarlah kata-kata Sayidatina Aisyah r.a.: “sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang lelaki yang soleh, dan sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat keji nescaya dia seorang yang jahat.” Begitu jualah hadith ini ditujukan kepada wanita mukminah.

Info al-Quran.
“kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: “sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami.” Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.”
-surah al-Qasas: ayat 25-

Info hadith
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “sesungguhnya setiap bagi agama itu adalah akhlak, dan akhlak islam ialah malu.”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi yang bermaksud: “ sekiranya kamu tidak berasa malu, maka buatlah apa yang kamu inginkan.”

Kupasan
Mari kita renungkan ayat ke 25 surah al-Qasas ini. Ayat ini menceritakan perihal dua orang puteri Nabi Syuib keluar bekerja dengan memberi minum binatang ternak dan al-Quran menggambarkan salah seorang puteri Nabi Syuib yang memelihara maruah diri dengan berbekalkan sifat malu memohon bantuan kepada kaum lelaki iaitu Nabi Musa.
Anak Nabi Syuib keluar bekerja dengan memelihara batas-batas agama dan menjadikan malu sebagai perisai dan benteng keimanannya. Dia dikatakan bercakap dengan Nabi Musa sambil menutup mukanya dengan baju atau tangannya.
Hadith Rasulullah pula menggambarkan kepentingan sifat malu kepada umat islam kerana sifat malu merupakan akhlak seorang Muslim. Hadith kedua merupakan amaran keras kepada Muslim kerana tanpa sifat malu mereka akan terjebak dengan dosa. Ini kerana malu kepada Allah adalah benteng daripada melakukan maksiat.

Terdapat beberapa positif dan negative daripada sifat malu:-

Positif
*      Sifat malu adalah perisai mukmin daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
*      Malu adalah akhlak al-Quran yang terpuji.
*      Memiliki sifat malu adalah bukti mukmin yang luhur imannya dan suci jiwanya.

Negatif
*      Tanpa sifat malu iman seseorang akan rosak.
*      Tanpa malu seseorang akan jauh daripada Allah.
*      Hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.

Monday 26 December 2011

doaku kepada-Mu

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT,
Tapi makin banyak DUGAAN yang menimpa...

Kadang-kadang kita minta CERDIK,
Tapi MASALAH pula yang timbul,

Kadang-kadang kita minta BAHAGIA,
Tapi HURU-HARA pula datang

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT,
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR,
HURU-HARA menjadikan kita TABAH
HEBAT kan Allahsemua ada hikmah

Kalaulah manusia tahu hadis ini:
“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)" 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Sunday 25 December 2011

cinta muka bumi

kita berkenalan hanya dalam laman hidup ini,
kau hantar petanda suruh aku mengingati-Mu,
oo~ oo~ oo~~
hati ku rasa sesuatu..

dan pabila ku dengarkan kata-kata Kamu,
ku terfikir, terharu makna yang Kau tuju,
oo~ oo~ oo~~
kenakah rasa itu..

bagaimana harus bersua,
ku rasa gementar terlalu banyak dosa,
bolehkah Engkau beri peluang kedua,
walaupun aku terlalu banyak dosa..

banyak persoalan yang berada di minda,
banyak tanda tanya dan juga kata cinta,
syaitan kata jangan tapi hati kata ya,
haruskah ku teruskan taubat nasuha..

banyak soalan banyak juga jawapannya,
kata hati dan rasa tak dibiar saja,
setiap yang berlaku ada kebaikannya,
harus terus saja buat taubat nasuha..

pabila ku cuba mendekati diri Kamu,
ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu..
oo~ oo~ oo~~
ini cinta dihatiku..

dan pabila Kau beri tanda Kau maafkanku,
ku terdiam, terkedu tak tahu mana nak tuju..
oo~ oo~ oo~~
cinta agung yang diperlu..
mencintai Allah yang satu..

dialog moden lagi berpahala..

sahabat semua, kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau kata-kata. sayangnya apabila kadang kala kita boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kawan-kawan kita yang lain. jadi, apa kata kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dan membuahkan pahala.

Yang biasa

Biasakan yang sebetulnya
Pergh..gempak giler…
Tukar kepada
Subhanallah..
OMG(oh my god)..
Tukar kepada
Ya Allah..
Terbaek..
Tukar kepada
Alhamdulillah..
Ok..orait..
Tukar kepada
Insya-Allah..
Cilakak..
Tukar kepada
Masya-Allah..
Ellemak..lupelak..
Tukar kepada
Allahummasolli ‘ala Muhammad.
Arghhh…pening..
Tukar kepada
Astaghfirullah..
Eeee..teruknya..
Tukar kepada
Na’uzubillah..
Opocot..
Tukar kepada
Allahu akbar..
Hek eleh..
Tukar kepada
La ilaha illallah..

mudah bukan???betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya.
SELAMAT MENCUBA!!

Akhlak terkapai kerana Dosa


Kisah dialog antara wali Allah yang bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki.

Pada suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq (panggilan bagi Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian.”
Ibrahim menjawab: “jika kamu mahu menerima LIMA hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak akan mudah dihancurkan oleh kelazatan duniawi.” Lelaki itu berkata: “tolong sampaikan hal itu kepadaku wahai Abu Ishaq”

Kemudian Ibrahim berkata:
“PERTAMA: Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezeki-Nya.”
Pemuda itu bertanya, “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan: “Begini,wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?” Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang kedua.”

Lalu Ibrahim pon berkata:
“KEDUA: Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.”
Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat dari perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu dimanakah aku tinggal?” Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakai-Nya?” Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutkan perkara yang ketiga!”

Ibrahim berkata lagi:
“KETIGA: Jika kamu hendak melakukan kemaksiatan,sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas melakukan maksiat.”
            Lelaki itu semakin bingungdan kemudian berkata: “Wahai Ibarahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu saja mengetahui apa saja yang dirahsiakan?” Ibrahim meneruskan hujahnya: “wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi gerak-gerimu?” pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!”

Ibrahim berkata:
“KEEMPAT: Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cube mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kepada Allah.”
Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”Tanya Ibrahim: “kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan disini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?” Lelaki itu terus berkata: “sekarang cuba sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata:
“KELIMA: Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”
            Jawab lelaki itu: “mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu sahaja, walaupon aku kemukakan pelbagai alasan.”Ibrahim bertanya lagi: “jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?” lelaki itu berkata: “wahai Ibrahim! Cukuplah !sekarang aku akn bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Selepas peristiwa itu lelaki itu tekun beribadat hingga ke akhir hayatnya.

meneliti keindahan matematik


Keindahan matematik...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 =
101% ♥

Saturday 24 December 2011

korang x segan ke bila..


Korang tak Segan ke bila……………
Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.
Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

p/s-segan sangat2..
info diperoleh dari nizarazu.com

no christmas please..

David: Morning..wat a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..cannot!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word..:)..say it..:)
David: now i am understand:)

No Merry Christmas ya...for those who appreciate your religion:)

panduan Qiamullail


àbangun pagi, sapu muka dan berdoa.

à bersugi.

à antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan didtutup dengan solat sunat witir.

          Rasulullah bersabda yang bermaksud : "solat yang peling baik dikerjakan selepas solat fardhu ialah solat sunat tahajjud pada waktu malam." (riwayat Muslim)

          Allah  berfirman yang bermaksud : "dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak." (surah al-Isra' 17:79)

à memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab doa.

à sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.

à merintih dan menangis dihadapan Allah.

à sementara menunggu waktu subuh, bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.

à amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.