Monday 30 January 2012

For My Precious Muslimah...

Yea, I know…I know. This going to sound very lame to you. But,do take just a minute to read.

Before that,

I’m not an ustazah,journalist or a writer but an ex-cheerleader who enjoyed R&B musics…shopping.

Easy to say , I’m an opposite of a muslimah. Much things to learn.I’m still on the way towards to become a muslimah.InsyaAllah.

Ok2. Let’s proceed.

I’ll use two language here.

This is JUST a small introduction to you.


Ya Allah, jika ibadahku,hanya untuk menjauhkan diriku daripada api nerakaMu, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMu. Jika, sembahku hanya untuk meraih syurgaMu, maka haramkan syurgaMu atas diriku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih-sayangMu, berilah aku kurnia agungMu. Anugerahkanlah kepadaku nikmat untuk melihat wajahMu, wahai yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.”

-Doa seorang wanita solehah,ahli Sufi,Rabi’ah al-Adawiyah-

Subhanallah…beautiful yet meaningful du’ah isn’t it?

**It’s just an example..but it’s the reality in some part of this world. No offences k?

Two boys talking.

“That lady over there, man,she’s beautiful. She have those figures.”

“Yea, I do agree with you. But that lady besides her, even more beautiful.”

“Why ya say so? I don’t see anything . She’s all covered.”
“The mysterious one is far more beautiful.We cant see her beauty ‘cause It is only meant for those who allowed.Batasan Aurat? Ingat tak?Sides,as long as…“

“As long as what?”

“She’s beautiful in the eyes of God.”


Lord creates…

We. Women.

Beautiful.

Every single of us. There’s no exception.

It’s all depend on us how we ‘keep’ our beauty.

Question yourself,how you ‘keep’ your beauty?

No need to tell the answer,by right you should know the answers already.


**Another story happened to me when I was in the college.

I just arrived at the surau. As usual,I’ll pull the surau’s door. Suddenly, I saw two muslimins sitting at the muslimat’s area.

They saw my presence.

Quickly,they run to the muslimin area in front.

I asked them.”why are you boys running away from me as if I’m gonna eat ya?”

One of the muslimins answered.

“Men get excited when look at girls.”

I’m speechless.Seriously.


You see…don’t you think that women can attract men easily?

Nafsu lelaki kan satu, remember?

Saudari yang dikasihi,

Tahukah saudari tentang sebuah hadis daripada [HR. Muslim]?

“ Dunia ini ibarat perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”

Wanita Solehah?

Wow. We should be glad that we were born as muslims. So easy for us to grab that status ‘Wanita Solehah’ . Agree ?

Last but not least (sorry, I have to stop here for a while because I need to finish my work as faci at my college), My Precious Muslimah,do sit down,refresh everything in our life,Muhasabahlah diri. It’s never too late to be a wanita solehah. If I can change,you can. But Fillah,Must be because of ALLAH SWT.

Wassalam.

Tudung? Oh No. Oh Tidak. [True Story]

*NO ADDING UP, NO KIDDING,Two language used.*

Dalam buku Saudara Hilal Asyraf,Langit Ilahi 2 : Kembara Hamba Mencari Cahaya,

Satu ayat menarik perhatian saya,

"Jika tidak mahu memakai tudung maka itu tidak mengapa,justeru tutuplah dengan kain guni. "
Bunyinya lucu, tapi saya juga yang terasa.

Sebab saya pernah 'free-hair."

Dahulu, saya bukanlah seorang yang bertudung,

Malah,

Saya akan berikan 1001 alasan untuk tidak memakainya.

Saya sangat degil.

Di sekolah, saya pakai.

Dah peraturan.
Apabila keluar,tudung melayang ditiup angin.

Memang hipokrit.

Sehingga saya di Kolej.

Pada mulanya,on off juga.

Tetapi,

Subhanallah,

Pada suatu hari,

Ada hamba Allah yang mengubah pandangan saya mengenai tudung.

Hanya kerana satu soalan yang ditujukan untuk saya,

Ketika kami sedang rancak bercerita bab Aurat.

Soalannya pendek tapi dalam maknanya,

" Don't you want to show surprises for your husband?"
Saya tersentak di situ.

Tidak terkata.

[There's a very strong point in that question]
Malam itu, saya tidak dapat memejamkan mata.

Hati saya berkata,

'Astaghfirullah, what have I done all these while? I'm exposing myself to the wild eyes out there. Perhiasaanku hanya
untuk my future husband. Only for my husband. It's a surprise for him. How can it be a surprise if I already make 'free show'? '

Air mata saya mengalir.

I felt guilty and ashamed in the Eyes of My Lord.

Mulai saat itu juga,saya bertaubat dan bertekad untuk mengubah etika pemakaian saya.

First step, the 'tudung'.

Alhamdullilah, kini, saya sudah memakainya.

Kehidupan saya pun berubah.

Yang penting,dapat mengejar KeredhaanNya.InshaAllah.


[If you wish to share to your friends...do share.]

When I fall in love...




I do want to share this Du’ah to you.  =)

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbi,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang, menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah , jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu.
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanMu.
Amin.
Source : Stanza Cinta.

But, before I really fall in love ,

Ya Allah, izinkanlah hamba untuk mencintaiMu selamanya dan kumohon janganlah Engkau berpaling daripadaku.Hamba ingin sentiasa mendekatiMu walaupun hamba seringkali mengecewakanMu. Amin.

Sunday 29 January 2012

KAMU YANG BERNAMA LELAKI..

✿~ Dulu,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi..

✿~ Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri..

✿~ Dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini, bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

✿~ Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini, lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya.

✿~ Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

✿~ Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

✿~ Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..

KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU..kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul..♥♥.

sumber : aku benci dedah aurat di laman sosial

Saturday 28 January 2012

..Stesen Minyak Shell...


...just take 1 minute to read...maaf, bahasa tercampur. Semoga ia bermanfaat. 

Ketika ku sedang menunggu dalam kereta dekat Shell,
I saw this oldman, looking at the signboard.

Aik, pagi2 macam ini, kenapa pakcik tu semacam je.Tengok sana and sini.
Dia cari apa tu….?
Hmm, tunggu anak dia isi minyak kot.

So, I continue texting my friend.

Suddenly,

“Assalammualaikum nak, pakcik boleh minta RM2.50 untuk tambang bas. Tambang bas ke Kota Tinggi RM6.50. Duit pak cik tak cukup nak. “

Suaranya yang terketar2,raut mukanya macam nak nangis pun ada. sayu sungguh hatiku mendengar kata2nya.

“W’slm…sebentar ya pakcik. ”

Lalu, ku hulur sedikit wang.

“ maaf pakcik, kalau boleh saya tahu , pakcik dari mana?pakcik seorang saja? “

“ Pakcik, daripada hospital nak. Tunggu lama anak pakcik,tapi dia tak datang. “

MashaAllah. Bertuahnya anak itu. Astaghfirullah.  Sabar na,sabar.

“ Terima kasih nak. Assalammualaikum.”

“W’slm. Baik-baik pakcik. ”

Ku lihat pakcik itu pergi dengan membawa plastic ubat HSI dan inhaler,lalu ia duduk di bangku dekat stesen bas yang berdekatan.

Ya Allah , ku mohon…. peliharalah pakcik itu. Kasihanilah dirinya, Ya Allah. Amin.

Air mataku mengalir, sedih. Anak lupakan Ayahnya,biarkan ayahnya seorang diri macam tu. Kamu sepatutnya bersyukur ada ayah lagi tau, saya ni, ayah dah lama tinggalkan dunia. Tuhan sayangkannya. Bersyukurlah kamu.

Sahabat2, kasih kita memang lebih untuk ibu, ibu seorang yang mulia kerana Syurga di bawah tapak kaki kanannya.Tapi , jangan lupa orang yang mengazankan kita selepas kita dilahirkan,our defender when our mom gets angry or disagree[please jaga perasaan your mom],the one who be our 1st Imam during praying time…yang menjadi wali kita saat akad nikah..yang menanggung dosa  kita… dialah bapa kita, abah kita, ayah kita.  Kita perlu menghormatinya… menyayanginya… menjaganya dan mendoakannya sama seperti kasih kita terhadap ibu. Selagi beliau masih hidup, senangkanlah hatinya,berbuat baiklah kepadanya, hingga nafas terakhirnya seperti yang sudah dinyatakan kewajiban kita berbuat demikian dalam Surah Luqman, ayat  14,

 “ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua Ibubapanya.  ”

So, sahabat2, let’s show our love to our Dad (or Late Father..Al Fatihah for him) , InshaAllah :)


-This is a true story..happens yesterday morning...when I’m with my family. 

Friday 27 January 2012

Renung2kanlah...


“This is the Book (the Quran), whereof there is no doubt, a guidance to those who are al-Muttaqun (People of Taqwa).” (2:2)

Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. 


Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk.
Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.
Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri...

" Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu? "





Di satu ceramah agama...

Ustaz : ada 7 golongan yang menempah tiket masuk ke neraka … salah 1 nya ialah orang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tidak membacanya sekurang2nya 1 ayat sehari ..

Tiba2… seorang pemuda menyampuk…

Pemuda: Alhamdulilah.. Nasib baik saya tidak pandai baca Al-Quran

Ustaz: kenapa kamu bersyukur pulak ?

Pemuda: Yelah, kalau saya pandai baca Quran tapi saya tak baca , saya menempah tiket masuk neraka pulak … kalau saya tak pandai baca, saya tak payahlah susah2 baca…

Ustaz: Oohh .... kalau yang tak pandai baca Quran dan tak nak membaca ..
Memang tak menempah tiket masuk neraka…
tapi….
dia terus masuk neraka… tak payah pakai tiket pun…


Jadi,sahabat2,marilah kita sama2 meletakkan Quran di hati... InshaAllah. :)




sumber : FB



Jika Allah SWT sayang pada seseorang..





Jika Allah SWT sayang kepada seseorang, Dia akan berikan iman. Jika Allah SWT sayang dia lagi, Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan agamaNya dengan sempurna. Dan jika Allah SWT sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya,untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepadaNya.

Doa untuk hati :)


sahabat


Siapa yang tidak sayang sahabat..
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau ketika kita terlupa akan dirinya.. 
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau kita hanya menggunakannya ketika hidup kita berliku.. 
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ kerana dia mahu kita senyum bahagia.. 
Unik kan sahabat itu??? 

Jangan pelik bila melihat ada sahabat sebegitu.. 
Sanggup telan pahit kerana tidak sanggup melihat kita perit.. 
Sanggup menjadi pendengar yang setia kerana mahu kita bahagia.. 
Sanggup ukir senyum untuk kita walau hatinya ketika itu ada nanah dan dihujani masalah.. 
Sukar tahu, mulut tersenyum ketika dilanda susah.. 

Tapi, sahabat itu mampu.. 
Mampu senyum untuk kita walau dalam hatinya juga ada duka...

Sumber : Nur Abyad Kala

Thursday 26 January 2012

Dimanakah Kau Wahai MALU?

“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”
“Biar betul budak ni, Teruknya!”
Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.
Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?
Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?
Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?
Kamu tidak malukah?

Wanita itu perlu malu
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?

Kalian telah berlaku zalim!
Ya, saya mengatakan kalian zalim
Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )
Tetapi,
Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?
Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?
Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.
Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.
Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.
Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah
“Orang Islam pun pakai seksi”
“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.

Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.

sumber : facebook