Tuesday 31 July 2012

Ilmu itu Ibarat Seekor Gajah

Sebelum itu, saya ingin mohon maaf kerana telah lama tidak m'update' blog..atas ksibukn dgn study,  InshaAllah, banyak perkara yg ingin dikongsi,cuma masih lg m'cari kata2 yg sesuai utk share pd sahabat2.
Semoga setiap tulisanku ini mendapat keredhaanNya dan memberi manfaat kpd semua. Amin. 

Ps. Salam Ramadhan , lets grab every opportunity in this Holy Month and don't forget to give selawat to our beloved Rasulullah s.a.w. 


ilmu itu ibarat seekor gajah

Bunyinya pelik...
Kenapalah tetiba gajah?  
-----------------------------------------------------------------------------------
Dulu, masa pergi Kuala Gandah , Pahang,
Teringat pesanan seorang renjer mengenai gajah,
“ Adik, gajah ni binatang yang sensitive dan bijak,
Kalau kita tidak suka gajah tu, gajah tu dapat sense dan akan jauhkan dirinya dari kita automatically…
Kita cuba dekat, dia akan elak terus...tak perlu dihalau. ”
Beginilah juga ILMU.
Kalau kita tidak ikhlas mendalaminya, ilmu takkan masuk...ilmu takkan datang. Sebab itu belajar tak faham2.
ada sesetengah org pula... suka buat mindset and kotorkan minda org.
“ pergh..rajinnya kau..sudah2 la study..pergilah shopping..”
“ benci la sejarah. apa la semua ni?boring.”
“ asal add maths susah sgt?”
“ weyh, baik2 subject anatomy ni..susah..ramai senior yg fail.ramai yg kena re'sit' exam. ”
"buat apa aku nak study, result pun macam itu juga, x berubah2."
Buatlah pekak. Jangan dengar.
buang jauh jauh kata2 dusta itu. 
Kalau mindset kita memang dah di‘set’ mcm tu.. memang macam tu la…akan jadi.
"what you think is what you get "
buat apa la nk percaya. kita yg xm...kita yg usaha sendiri..kita mesti yakin kita boleh, kita kan ada Allah SWT. Buat apa nak takut?
Pasangkan niat belajar itu kerana Allah SWT.
Ilmu ni kan MilikNya,
jadi USAHA buat yang TERBAIK untukNya,
seterusnya bertawakallah padaNya,
mintalah keberkatan ilmu tu daripadaNya..
we must BE sincere in learning His Knowledge,
 not just aiming to pass xm with flying colours.
“ LEARN TO UNDERSTAND , NOT TO PASS EXAM. ”
GIVE YOUR BEST SHOT...dont let others take your opportunity away! 
TAPI ,
janganlah sampai kedekut ilmu, 
simpan sorg2...
spread it..ajar org lain... 
x hilang la ilmu... lg melekat kat otak ada la..
kalau org yg kita ajar.. dpt markah tinggi dr kita.. Alhamdullillah. 
Berjayalah kita mengajar orang itu.
Berjayalah kita menguasai ilmu itu.
Kalau kita sendiri x faham, macam mana nak ajar?    ^_^
Cubalah bercinta dgn Ilmu, takkan asyik bercinta dgn org je kot.

Marilah kita sama2  menuntut ilmu keranaNya,InshaAllah.


Ps. berikut merupakan ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU. Setiap perkara mesti ada adabnya bukan?  


Tuesday 24 July 2012

Ramadhan Terakhir...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan bulan mendidik hati dan jiwa kita..
Jika bulan Ramadhan kita belajar menjaga semua anggota dari melakukan maksiat..pastinya juga kita boleh lakukan nya di masa-masa yang lain.
kata-kata yang di kopipes dari Doodle Dakwah (Facebook). 

RAMADHAN KAREEM!
Alhamdulillah Allah pertemukan semula kita dengan Ramadhan 1433H. Subhanallah saban hari dalam beberapa bulan lalu kita kerap mendengar berita seorang demi seorang saudara seakidah yang pulang menemui Ilahi sebelum sempat bertemu Bulan penuh rahmat nan mulia ini. Allahu Akram. Allah yang Lebih Mulia, Allah Maha Perancang. 

BELAJAR DARI PENGALAMAN~


pelajaran harini~ (jgn pernah berputus asa.. dan sentiasa mencari peluang utk kebaikan diri sendiri dan orang2)

bismillah~ saja aq ingin berkongsi cerita dan pengajaran y aq dapat hari ini.... semoga sahabat2 perolehi manfaat dari perkongsian ini~

harini jumpa seseorang y banyak kelebihan diri...salah seorang pelanggan di kedai tadi.. nenek seusia itu membuatkan aq kagum dengan pengalaman hidupnya.. orangnya tak pernah kenal erti putus asa dan memegang satu prinsip bahawa " setiap kbaikan y ditaburkan kepada orng lain dengan ikhlas, kebaikan itu akan kembali dtg kmbali kpd kita tnpa kita meminta-minta... "

nek Mariam.. namanya sudahpon menunjukkan dia seorang y tabah... nek mariam salah seorang pelanggan di SO    tadi menarik perhatianku utk terus mengenali tentang pengalaman hidupnya... dengan khusyuknya menulis alamat pelanggan di sampul kad raya( kerjaku di kedai selain mnjadi penasihat kesihatan mata) seorang nenek bersama anaknya datang ke arah ku. aq pada mulanya mahu pass aja pelanggan ini ke kak khairun.. tapi kak khairu sibuk pula melayani pelanggan lain.. xpelah.. aq je yg consult nenek ni.. bawalah aq nenek itu ke mesin utk diperiksa matanya menggunakan sistem komputer.. arahanku tidak dapat dia fahami dgn jelas.. perlahankah perckapanku? aq mula cuak bila nenek itu mula berckp dganku dgn nada y sdikit kuat. dia ckp dia xfahm apa y aq ckp.. suaranya ku kira boleh didengari oleh bos.. risau aq bos akan tgur slaps ni.. emm.. xpa, teruskan tersenyum..  

"nek, suara saya perlahan ke?" tya aq.. 
"x.. mmg nek xfaham apa y kamu ckap. lama dah jadi ceni. tambah2 lepas smpai dalam negara ni" nek mariam mmbalas.. 
"huh? xfham? aduh... xpelah,, aq ckap satu2 perkataan lah kalo centu" bicara hatiku..
masuklah nenek tu ke dlam bilik pemeriksaan mata.. bos pon take over keje dia..

"kak, saya cakap pelat kedah sangat ke? ka pelan xdengar pape?" tanya aq ke kak khairun.. 
"xlah.. standard je.. awat? risau nenek tadi ekh?" tya kak khairun seolah2 tahu apa y aq fkirkan..

selepas bberapa minit, keluarlah nenek dan anaknya bersma bos aq.. aq hanya berdiri d sebelahnya dan mendengar.. (selalunya y aq wat utk belajar cara utk consult) 
mendengar perbualan bos dan nenek juga anaknya, semakin menjawab persoalanku tentang masalah y dihadpi oleh nek mariam.. dari penceritaan anaknya, nek mariam ni bnyak kelebihan.. sebelum dia sakit, (strok) dia merantau ke banyak negara seorang diri dan bekerja sbgai pengasuh dan bidan.. (nenek pernah pergi korea,china,arab dan lain2) nek mariam juga seorg tukang jahit, tukang masak.. nek mariam sangat tabah dalam menjalani hidupnya. seusia 3o-an, dia kematian suami dan mmbesarkan tiga anaknya juga 8orng anak y terabai oleh ibubapa mereka.. pelbagai kerja pernah dilakukannya utk meraih pendapatan.. setelah anak2nya dewasa barulah dia berhijrah ke luar negara (kdg2 selama 2thun d luar negara). selepas balik dri mekah, dia terkena strok dan xdpt bangun slama bbrapa bulan.. tapi aq kira nek mariam sgt kuat semangat.. buktinya, kini dia dihadapanku.. walaupon perckapannya kurg lncr dan kebanyakkan memorinya hilg, dia tetap terlihat tabah dan yakin pd dirinya...
(menjawab persoalanku kenapa nek mariam xdapat tgkap apa y aq terangkan kpd dia)

pesanan dia padaku.. " dik.. carilah peluang utk berjaya.. walau sesusah mana pon, kalo kita usaha, pandai mencari.. insyaALLAH apa y kita nak pasti akan termakbul.. ingat ALLAH sukakan hamba2Nya y sabar.. doakan nenek sembuh dari sakit ye.."

semoga nenek cepat diberikan kesembuhan supaya terus dapat menaburkan kebaikan kepada orang2 ~~,
p/s: aq xnak jadi macam gula..manisnya boleh menimbulkan penyakit.. tapi aq nak jadi seperti ubat.. walaupun pahit, ia menjadi penawar~



pena cinta syurga~

Monday 23 July 2012

UNTUKMU MUSLIMAH~














Wahai sekalian muslimah,kekasih rasulullah....

Islam tak pernah haramkan kalian berhias,berfesyen..
Tapi islam haramkan ia dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan pakai myk wangi kuat2...
Tapi islam haramkan ia dipakai utk lelaki bukan mahram cium baunya...

Islam tak pernah haramkan make up tebal2...
Tapi islam haramkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...

Islam tak pernah haramkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dgn bkn mahram...

Islam tak pernah sekat apa2 kebebasan wanita..
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram..

Kerana apa?

Kerana muslimah sgt berharga..
Mereka umpama mutiara..
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya..

Kerana apa lagi?

Kerana islam membezakan manusia dan haiwan...
Yang memisahkan lelaki dan perempuan...

Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan..




copy from my fb~ pena cinta syurga~

Sunday 22 July 2012

Alhamdulillah.. sakit~



Jika anda menghayati secara mendalam erti sebuah keSAKITan itu, sebenarnya ia amat indah yang mampu membuatkan anda menangis dalam kegembiraan.
Kerana dengan kesakitan itulah juga membuatkan kita mengenangkan DOSA-DOSA kita yang lepas.
Dan alangkan indahnya ALLAH mengatur semua ini untuk kita, tapi sedarkah kita semua itu? Lagi indah jika kita lebih berIMAN, berTAQWA, SABAR&TABAH lepas pemulihan dari kesakitan itu.


#Sakit itu indah kerana ianya sedikit sebanyak sebagai agen penghapusan dosa-dosa kita yang terdahulu... ^_^




pena cinta SYurga~

Thursday 19 July 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM~


Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba.. dihitung2 xlebih dari 64 jam lagi.. ya ALLAH.. tika diri ini terasa sangat bertuah jika terpilih utk bertemu dengan RAMADHAN sekali lagi.. moga diri ini sempat utk bertemu dengannya...


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak."

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.




Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.


ingin sekali ana berkongsi tentang amalan2 dan kelebihan bulan RAMADHAN yang ana dapat dari blog seorang sahabat~


KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

· Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN
· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.
· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian Solat Tarawih

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.

Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).

Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.
· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.
· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.itikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar
Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.
Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.

perkongsian dari sahabat~ 
pena cinta syurga~~,

Wednesday 18 July 2012

Dalam Hati Siapa Yang Tahu.


Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar...

sumber: faten hamamah status (FB)

PERCAYA DAN YAKIN~

SYUKRAN PERCAYAKAN ANA~

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... syukran percayakan ana untuk sama2 menerajui blog ini.. InsyaALLAH ana cuba utk berkongsi semampunya di sini..

ingin ana kongsikan sedikit rasa wat pertama kali menerima pelawaan ini..ana bersyukur~ dan pada masa y sama ana rasakan rendah diri sangat...antara bersedia dan kurang yakin.. saat datangnya pelawaan ini, terfikir sejenak.. mampukah ana utk berkongsi ilmu y ana kira terlalu sdikit berbnding penulis2 handal di luar sana.. mula menyingkap satu persoalan

kenapa enta memilih ana utk mnjadi salah seorg peneraju blog ni?
sejauh mana enta yakin pada ana? ilmu ana?
bila memikirkan diri ini terlalu kerdil.. terasa mahu saja menolak pelawaan ini..keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri terlalu tipis..  berbicara dan bertya pd seorg sahabat tentang perlawaan ini..
dia menimbulkan beberapa persoalan:

" jika org beri kepercayaan kepada enti kenapa enti mncari alasan utk tidak melaksanakan permintaannya? soal yakin diri itu boleh dibina.. jika tak dimulakan bagaimana enti sendiri mengatakan enti tidak boleh? ibarat mahu mati syahid tapi tak mau berperang.. semudah itukah utk mengalah pada kelemahan diri? bukankah itu salah satu cara utk enti berdakwah? dakwah itu kan byak kaedahnya... anggap ALLAH buka satu jalan baru utk enti berdkwah~ bukanlah daei itu kene bersedia dlm keadaan apa pon??"

persoalan2 itu terus menerus berligar di fikiran..

ya ALLAH... 

saat minda masih lagi berfikir apa y patut diputuskan.. terbaca satu penulisan di salah satu blog berkisar tntg dawah melalui penulisan..


Penulisan sebagai jalan dakwah atau salah satu daripada wasilah dakwah. Penulis juga merupakan doktor, dan boleh juga dikatakan sebagai seorang pejuang. Setiap pejuang semestinya mempunyai medan perjuangannya dan juga targetnya. Doktor juga mempunyai lapangan tempat perjuangannya. Secara realitinya setiap perkara memerlukan medan perjuangan untuk menuju sesuatu matlamat yang baik dan cara dan wasilahnya saja yang mungkin akan berbeza.

Penulisan juga merupakan jalan juang. Ingin menebus segala janji-janji Allah, meninggalkan kota kegelapan menuju kota yang penuh dengan cahaya, niat kerana Allah dan hanya mempercayai janji RasulNYA. Allah akan melindungi perjalanan hamba yang berjuang di jalanNYA.

Seorang penulis berada di medannya, segala alatan penulisannya atau aksesori penulisannya adalah senjata seperti pen. Segala hasil daripada penulisannya, buku-buku penulisannya, itu semua merupakan peluru, peluru yang mencari sasarannya. Apakah sasarannya? Siapakah sasarannya? Penulis ingin menembak dan membunuh siapa?

Setiap peluru yang dihasilkan mensasarkan segala hati-hati yang membaca, menggunakan peluru-peluru untuk menembak dan membunuh jahiliyyah, mengikis segala kejahilan yang terdapat dalam diri sendiri dan masyarakat.

Membetulkan kembali pemikiran masyarakat yang sudah kotor dengan pengaruh-pengaruh luar, penerapan kejahilan pihak-pihak yang sememangnya membencikan islam, sememangnya musuh yang nyata tidak akan membiarkan musuhnya berada di dalam kesenangan. Cubalah untuk memadamkan segala anasir yang bisa membakar kita dan semaikan benih mahmudah yang suburnya yang boleh membawa erti,ertinya yang mampu mengubah ummah.

Tapi, penulisan juga boleh berlaku perkara yang disebaliknya pula, berjaya menangkap hati-hati pembacanya, tetapi dengan tujuan yang lain. Hanya memberi kesan kepada minda masyarakat dari sudut lain, hanya memandang hasil, duit, pangkat dan populariti. Penulis yang hanya menghasilkan bahan penulisa duit, penulisan yang langsung tidak mampu menyelesaikan masalah ummah, tapi menambah lagi kerosakannya. Karyanya hanyalah hiburan dan khayalan semata-mata dan membunuh hati-hati pembacanya sendiri di dalam kegelapan, dan terus berada di dalam kegelapan. Setiap pelurunya membunuh pembacanya sendiri.

Maka, penting kepada setiap pembaca agar membetulkan setiap penulisannya agar dekat dengan ummah, dan melihat penulisannya juga merupakan jalan juang kerana Allah. Pejuang yang mampu mengikis segala anasir-anasir kotor dan kejahilan di dalan jiwa ummah. Berbanggalah menjadi seorang “pejuang”, bermegahlah dengannya walaupun di sebaliknya penuh dengan kepahitan. InsyAllah segala kemanisannya akan tiba dan akan dapat dirasainya.

“Cubalah sedaya mampu menggunakan peluru-peluru karya semoga hidup akan lebih bererti”


ya~ benar.. jika bukan ana sendiri memulakannya, ianya takkan bermula dgn sendiri.. jika dengan menulis ini dapat ana kongsikan ilmu walaupon sedikit, dan memberi manfaat.. kenapa tak ana mulakan??

kalo penulisan2 yang sudah lama terwujud di laman2 blog hanya menulis hal2 yang sia2.. knapa tak ana mulakan sesuatu y bermanfaat..


dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

 walaupon ilmu hanya sedikit tapi bukan alasan utk tidak menyampaikan.. kerana Rasulullah sendiri menyeru umatnya menyampaikan walaupun dengan satu ayat.

insyaALLAH.. ana akan memegang kepercayaan yang telah diberikan utk menerajui GERBANG KEHIDUPAN ini,, jika ana tersalah.. mohon sahabat2 membetulkannya..SYUKRAN.

wallalhua'lam..

pena CINTA SYURGA~~,




Wednesday 11 July 2012

Cara mengetahui halaman al-Quran dengan mudah

Assalamualaikum..
Sangat menarik jika kita mengetahui bagaimana untuk mengingati halaman-halaman di dalam al-Quran.. Dengan harapan supaya kita semua lebih tertarik dengan al-Quran dan isi kandungannya selepas kita mengetahui betapa hebatnya ciptaan yang maha Esa..
Amin, InsyaAllah..

Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran...


sumber dari mukabuku..

Tuesday 10 July 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS
"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH
"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H