Sunday, 22 July 2012

Alhamdulillah.. sakit~



Jika anda menghayati secara mendalam erti sebuah keSAKITan itu, sebenarnya ia amat indah yang mampu membuatkan anda menangis dalam kegembiraan.
Kerana dengan kesakitan itulah juga membuatkan kita mengenangkan DOSA-DOSA kita yang lepas.
Dan alangkan indahnya ALLAH mengatur semua ini untuk kita, tapi sedarkah kita semua itu? Lagi indah jika kita lebih berIMAN, berTAQWA, SABAR&TABAH lepas pemulihan dari kesakitan itu.


#Sakit itu indah kerana ianya sedikit sebanyak sebagai agen penghapusan dosa-dosa kita yang terdahulu... ^_^




pena cinta SYurga~

Thursday, 19 July 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM~


Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba.. dihitung2 xlebih dari 64 jam lagi.. ya ALLAH.. tika diri ini terasa sangat bertuah jika terpilih utk bertemu dengan RAMADHAN sekali lagi.. moga diri ini sempat utk bertemu dengannya...


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak."

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.




Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.


ingin sekali ana berkongsi tentang amalan2 dan kelebihan bulan RAMADHAN yang ana dapat dari blog seorang sahabat~


KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

· Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN
· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.
· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian Solat Tarawih

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.

Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).

Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.
· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.
· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.itikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar
Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.
Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.

perkongsian dari sahabat~ 
pena cinta syurga~~,

Wednesday, 18 July 2012

Dalam Hati Siapa Yang Tahu.


Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar...

sumber: faten hamamah status (FB)

PERCAYA DAN YAKIN~

SYUKRAN PERCAYAKAN ANA~

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... syukran percayakan ana untuk sama2 menerajui blog ini.. InsyaALLAH ana cuba utk berkongsi semampunya di sini..

ingin ana kongsikan sedikit rasa wat pertama kali menerima pelawaan ini..ana bersyukur~ dan pada masa y sama ana rasakan rendah diri sangat...antara bersedia dan kurang yakin.. saat datangnya pelawaan ini, terfikir sejenak.. mampukah ana utk berkongsi ilmu y ana kira terlalu sdikit berbnding penulis2 handal di luar sana.. mula menyingkap satu persoalan

kenapa enta memilih ana utk mnjadi salah seorg peneraju blog ni?
sejauh mana enta yakin pada ana? ilmu ana?
bila memikirkan diri ini terlalu kerdil.. terasa mahu saja menolak pelawaan ini..keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri terlalu tipis..  berbicara dan bertya pd seorg sahabat tentang perlawaan ini..
dia menimbulkan beberapa persoalan:

" jika org beri kepercayaan kepada enti kenapa enti mncari alasan utk tidak melaksanakan permintaannya? soal yakin diri itu boleh dibina.. jika tak dimulakan bagaimana enti sendiri mengatakan enti tidak boleh? ibarat mahu mati syahid tapi tak mau berperang.. semudah itukah utk mengalah pada kelemahan diri? bukankah itu salah satu cara utk enti berdakwah? dakwah itu kan byak kaedahnya... anggap ALLAH buka satu jalan baru utk enti berdkwah~ bukanlah daei itu kene bersedia dlm keadaan apa pon??"

persoalan2 itu terus menerus berligar di fikiran..

ya ALLAH... 

saat minda masih lagi berfikir apa y patut diputuskan.. terbaca satu penulisan di salah satu blog berkisar tntg dawah melalui penulisan..


Penulisan sebagai jalan dakwah atau salah satu daripada wasilah dakwah. Penulis juga merupakan doktor, dan boleh juga dikatakan sebagai seorang pejuang. Setiap pejuang semestinya mempunyai medan perjuangannya dan juga targetnya. Doktor juga mempunyai lapangan tempat perjuangannya. Secara realitinya setiap perkara memerlukan medan perjuangan untuk menuju sesuatu matlamat yang baik dan cara dan wasilahnya saja yang mungkin akan berbeza.

Penulisan juga merupakan jalan juang. Ingin menebus segala janji-janji Allah, meninggalkan kota kegelapan menuju kota yang penuh dengan cahaya, niat kerana Allah dan hanya mempercayai janji RasulNYA. Allah akan melindungi perjalanan hamba yang berjuang di jalanNYA.

Seorang penulis berada di medannya, segala alatan penulisannya atau aksesori penulisannya adalah senjata seperti pen. Segala hasil daripada penulisannya, buku-buku penulisannya, itu semua merupakan peluru, peluru yang mencari sasarannya. Apakah sasarannya? Siapakah sasarannya? Penulis ingin menembak dan membunuh siapa?

Setiap peluru yang dihasilkan mensasarkan segala hati-hati yang membaca, menggunakan peluru-peluru untuk menembak dan membunuh jahiliyyah, mengikis segala kejahilan yang terdapat dalam diri sendiri dan masyarakat.

Membetulkan kembali pemikiran masyarakat yang sudah kotor dengan pengaruh-pengaruh luar, penerapan kejahilan pihak-pihak yang sememangnya membencikan islam, sememangnya musuh yang nyata tidak akan membiarkan musuhnya berada di dalam kesenangan. Cubalah untuk memadamkan segala anasir yang bisa membakar kita dan semaikan benih mahmudah yang suburnya yang boleh membawa erti,ertinya yang mampu mengubah ummah.

Tapi, penulisan juga boleh berlaku perkara yang disebaliknya pula, berjaya menangkap hati-hati pembacanya, tetapi dengan tujuan yang lain. Hanya memberi kesan kepada minda masyarakat dari sudut lain, hanya memandang hasil, duit, pangkat dan populariti. Penulis yang hanya menghasilkan bahan penulisa duit, penulisan yang langsung tidak mampu menyelesaikan masalah ummah, tapi menambah lagi kerosakannya. Karyanya hanyalah hiburan dan khayalan semata-mata dan membunuh hati-hati pembacanya sendiri di dalam kegelapan, dan terus berada di dalam kegelapan. Setiap pelurunya membunuh pembacanya sendiri.

Maka, penting kepada setiap pembaca agar membetulkan setiap penulisannya agar dekat dengan ummah, dan melihat penulisannya juga merupakan jalan juang kerana Allah. Pejuang yang mampu mengikis segala anasir-anasir kotor dan kejahilan di dalan jiwa ummah. Berbanggalah menjadi seorang “pejuang”, bermegahlah dengannya walaupun di sebaliknya penuh dengan kepahitan. InsyAllah segala kemanisannya akan tiba dan akan dapat dirasainya.

“Cubalah sedaya mampu menggunakan peluru-peluru karya semoga hidup akan lebih bererti”


ya~ benar.. jika bukan ana sendiri memulakannya, ianya takkan bermula dgn sendiri.. jika dengan menulis ini dapat ana kongsikan ilmu walaupon sedikit, dan memberi manfaat.. kenapa tak ana mulakan??

kalo penulisan2 yang sudah lama terwujud di laman2 blog hanya menulis hal2 yang sia2.. knapa tak ana mulakan sesuatu y bermanfaat..


dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

 walaupon ilmu hanya sedikit tapi bukan alasan utk tidak menyampaikan.. kerana Rasulullah sendiri menyeru umatnya menyampaikan walaupun dengan satu ayat.

insyaALLAH.. ana akan memegang kepercayaan yang telah diberikan utk menerajui GERBANG KEHIDUPAN ini,, jika ana tersalah.. mohon sahabat2 membetulkannya..SYUKRAN.

wallalhua'lam..

pena CINTA SYURGA~~,




Wednesday, 11 July 2012

Cara mengetahui halaman al-Quran dengan mudah

Assalamualaikum..
Sangat menarik jika kita mengetahui bagaimana untuk mengingati halaman-halaman di dalam al-Quran.. Dengan harapan supaya kita semua lebih tertarik dengan al-Quran dan isi kandungannya selepas kita mengetahui betapa hebatnya ciptaan yang maha Esa..
Amin, InsyaAllah..

Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran...


sumber dari mukabuku..