Wednesday 8 February 2012

Maafkan aku Ya Allah...



Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku langgar perintahMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku ingkar pada janjiku.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku menduakanMu dengan yang lain.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku tidak khusyuk & mencuri dalam solat yang aku persembahkan padaMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku sombong dan angkuh untuk berdoa padaMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku tak bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku marah dengan takdir yang Engkau putuskan keatasku.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku enggan berlapang dada denganMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku suka berburuk sangka denganMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku lebih gembira bersama teman-teman berbanding denganMu.

Maakan aku Ya Allah,
Bila aku terlalu sibuk mengejar duniawi sehinggakan aku lupa sujud padaMu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku memohon keampunanMu namun kemudian tetap saja ku ulangi dosa lalu.

Maafkan aku Ya Allah,
Bila aku tak pernah setia padaMu.


Ya Allah, aku memohon keampunan daripadaMu,
Maafkan aku Ya Allah,
Sungguh,
Aku bertaubat padaMu,Ya Allah
Hanya Engkau sahaja yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah,
Izinkanlah aku untuk mencintaiMu selamanya,
dan kumohon janganlah Engkau berpaling daripadaku.

Ameen.


- Malam Muhasabah SPKG 2012 -



Tuesday 7 February 2012

Let me love You...


[ inilah kisahku, maaf kerana guna bahasa Inggeris. semoga ia bermanfaat. ]




Last time,

It’s really hard for me to let you go.

You are the apple of my heart.

You are my guardian and my prince,

The king to my heart.

I just want to spend all my lifetime with you.

You are my true love.

But,

Sweetheart, what is true love?

I don’t understand that.

Unfortunately, we broke up.

This means you aren’t my true love.

Then , is true love ever exists?

This question playing like the music ,

In my mind, 

Keep me wonder and ponder.




Miserable moments passing by,

Scrolling down at the net.

A sentence caught my eyes.

“ When you try to take one step to be closer to Allah SWT, He’ll take a thousand step to be close to you. ”

taking one step closer, like how?

I didn’t pray exactly 5 times a day,

I don’t even khatam a Quran before,

My Hijab also on and off.

At the same time,

My desire to learn Islam is very high.

I learn like a Mualaf,

Only, I don’t know how to put Islam into my life.

Whenever I try, there’s people say…

“ It’s impossible for you to change. ”

Ok, I’ll prove to you …

I will change.

I do want to repent.



One day, I went to this Surau Ibadurrahman,

Somehow I feel so peaceful,

Looking at the Muslimin and Muslimat praying to Lord,

It’s so beautiful,

I wish I could be like you.

How can you all be so in love with Him.

I do want to love Him too.

But will Lord forgive all my sins?

Will Lord give me a chance to love Him?


everything starts here in Matrics, I learnt the true beauty about Islam.



The last day in matrics,

I went to the Surau again.

Alhamdullillah, I’m different from the first time I came into the surau.

I really wore the Hijab sincerely.

So, I sit in the middle of the Muslimat area,

Praying.

Oh Lord, Thank You for giving me this wonderful chance to Love You.

Alhamdullillah.

My tears fall.

It’s true that “ In every storm, there’s a rainbow behind. “

I did lose my first love,

Where at first I think it’s really hard to let go…

My life going to end and stuffs,

but I do get my True Love ,

which is my Lord.

SubhanALLAH. :)

“ When you try to take one step to be closer to Allah SWT, He’ll take a thousand step to be close to you. ”

That is why,

whenever I read this,

my heart cry.

this is so true.

Don’t forget , Allah SWT is the Best Listener.

He Knows whats in your heart.

You can never hide from Him.

So, lets take our first step… 

to be close to Him, InshaALLAH.  :)

Saturday 4 February 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Salam maulidur rasul kepada semua umat islam..
Janganlah kita lupa pada kasih sayang Baginda s.a.w kepada kita..

Sallallahu A'la Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam.
Sallallahu A'la Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam.
Sallallahu A'la Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam.

Wednesday 1 February 2012

Di sisi Mujahid... ada Mujahidah






Terkadang hati ini tertanya-tanya....
Kenapa masih perlu menunggu? 

sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… 
“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hambaMu yg soleh sebagai suamiku, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” 
Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??


Ya Allah…aku lupa lagi… 
seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. 
Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] 
Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya!!


 Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... 
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24] 


Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan perjuangan?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???


Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Saidatina Khadijah mahupun Saidatina Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu
 “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28] 


Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah...sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!


Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...
Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih....
Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlalu rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... 

Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

sumber : drpd kakak angkatku. :)