Wednesday 27 November 2013

CUKUP CINTA ITU DIAM








Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


cukup dengan diam~

Thursday 7 November 2013

kerana DIA~

kerana setiap perkataanmu... 
kerana setiap pergerakkanmu..
kerana setiap apa yang terdetik di hatimu..
kerana setiap apa yang kau lakukan.. 
hatta bicaramu, gerakkanmu, ingatanmu, detik hatimu...
semua itu milikNYA..
semua itu kurniaanNYA..
semua itu dimilikiNYA...

bukanlah dtg krana milikmu..
jadi, usah bangga pada yang bukan milikmu..
saat DIA menarik semuanya..
saat DIA tidak lagi mengurniakannya...
kau bukanlah sesiapa..
kau hanya hambaNYA..

_muhasabah seorang hambaNYA_

Sunday 13 October 2013



Putaran waktu terus berputar~


saat ku lihat anak kecil itu mula bertatih..
memulakan langkahnya y pertama..
lalu terjatuh...
ouch! pasti sakit~
tangisan kecil itu dipujuk...
lalu ku lihat anak kecil itu terus berusaha berdiri..
lalu mencuba untuk terus melangkah...
saat dirasakan langkah itu stabil,
dia mencuba untuk mempercepatkan langkahnya..
hingga dia mampu untuk berlari..
tapi lagi-lagi tersadung..
jatuh.. ouch!
lalu tangisan kecil itu kadang-kadang ku lihat..
mampu membuat orang sekeliling tersenyum dan gembira..
ku jua bahagia...
lalu terdetik di fikiranku..
apakah saatku memulakan langkah pertama..
ini jua yang dirasakan...?
ini yang terjadi pada diriku..
mampu membahagiakan orang walau saatku menangis sakit?





lalu, putaran waktu itu terus berjalan..
kini, saat ku mula mengenal erti kehidupan..
ku bisa melangkah maju dan laju...
namun, dalam setiap langkahku yang kumulai..
penuh "ujian"
penuh "cabaran"
sering membuatku lelah...
lalu saat ku jatuh dalam satu keadaan..
yang membuatku sakit dan jatuhnya air mata ini...
hingga terkadang tak termampu menahan kesakitan itu..
namun..
bezanya kini tangisan dan kesakitan itu..
tidak mampu lagi mendatangkan kebahagiaan orang sekeliling..
lalu apa yang aku bisa lakukan..
ku harus bangkit dan tanamkan azam..
untuk langkah yang lebih kukuh..
yang bisa membawaku terus teruh melangkah,
berjalan tanpa henti dan terus berlari..

monolog
pena cinta syurga~
8.16 a.m
9 zulhijjah/ 14 oct 2013

Monday 6 May 2013

Saat hati berkata " INGIN ",


namun ALLAH berkata " TUNGGU ".



Saat AIR MATA harus menitis,



namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".



Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ",



namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".



** Kerana ALLAH lebih dulu mengetahui rancangan apa
yang mendatangkan KEBAIKAN dalam HIDUP kita. ♥


Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”




_BernafasDalamJiwaHamba_

pena cinta syurga~

KULIHAT DAN KUDENGAR~


hari ini diri ini laluinya seperti sedia kala... 

melihat... mendengar... hal2 yang sama...
tiada perbezaan dan perubahannya...
ku dengar tohmahan dan cacian di mana-mana...
ku lihat fitnah di dunia kian bermaharajalela...
menerusi kemudahan dan ciptaan yang disalah guna..
bagai tiada yang mempedulikannya...



kulihat ada yang berjanji tapi tidak memenuhinya..

kudengar umpatan yang tiada sudahnya...
ku lihat perang tidak juga kurangnya...
menyeksa mereka yang tiada salahnya..
sejenak diri terfikir akan masalah dunia..
yang kian lamanya tiada penyelesaian jua...




kulihat kudengar ku nilai sendiri sahaja..

yang benar dikatakan salah semuanya...
ditambah dengan tohmahan dan cacian tak semena-mena...
inikah dikatakan ujian dunia?
lalu diriku sanggup biarkan sahaja?
kulihat, kudengar, ku nilai semula...
yang salah diangkat setingginya...
dipekakkan telinga, ditutup matanya asal senang semuanya.
.inikah dikatakan akhirnya dunia? 
tiada lagi takutnya pada yang ESA...


ku tahu yang kulihat,kudengar ini tiada benarnya...

janji diriku tidak akan diam sahaja..
bersama mereka yang mahukannya..
menegakkan yang haq dan menangkis yang batil semuanya...
walaupun ianya mengambil masa... 
tapi ia bukanlah alasan semata..
untuk ku melihat dan mendengar sahaja...


PENA CINTA SYURGA~
hasil nukilan,1.10 pm6/5/2013

Sunday 3 February 2013

A lesson for my life


Everyone have their own story n Memories are like pen, that can't be erased. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran. 




Aku...
 

tidak...

mahu....

....kembali ke dunia couple yg penuh zina.

A temporary love without a knowing end,

Aku tidak sanggup nak dengar tipu daya lelaki,

Yang cintakan wanita itu untuk sementara,

Tanpa hala tuju yang sebenar,

Sampai maruah wanita itu,

jadi taruhan untuk memenangi hati si lelaki,

apakah ini namanya cinta sejati?

Aku tidak sanggup,

Untuk jatuh ke dalam lubang yang sama.

Jatuh cinta dengan lelaki yang sebegini perangai,

aku jijik dengan masa silamku yang dulu.

yang penuh dengan dosa-dosa yang benar-benar mencari kemurkaanNya.

aku kesiankan dirinya yang bakal mendapat seorang isteri sepertiku.

seorang wanita yang pernah bercampur baur dengan lelaki tanpa kenal batasan syarie.

seorang wanita yang mendedahkan dirinya untuk tayangan lelaki ajnabi.

seorang yang lemah dengan pujukan lelaki sehingga merenggangkan hubungan famili.

Seorang yang baran tanpa malu.

Egoku meluap-luap, hatiku amat keras,

Meskipun itu,

aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.

aku marah pada diriku

diriku sendiri yang kosong,cuai dan lalai.

Tidak tahu Cinta IIahi.

terlalu buta dengan dunia yang fana.

makan dengan pujukan nafsu.

SUNGGUH,

aku benci dengan diriku yang dulu,

masa sebelum aku mengenal keindahan Islam,

mengenal keindahan CintaNya,

aku benci dan aku menyesal.

aku masih lagi teringat kemuncak kejahatanku,

ketika itu, terlintas di hatiku yang paling dalam.

Ya Allah,

maafkanlah aku yang tidak sedar diri ini.

maafkanlah aku,

tolonglah aku untuk hentikan semua ini,

aku tidak mahu hidupku sebegini.

aku ingin sekali mencintaiMu,

aku ingin sekali mendekatiMu,

tapi, Tuhan,

aku tidak tahu bagaimana caranya.

tidak nafikan pada saat itu aku merasakan semua sudah hancur.

hancur dalam lembah kemaksiatan,kemarahan, kesengsaraan,penyesalan,

apa yang kuharapkan semuanya pudar.

Itulah apa yang aku rasakan pada masa itu.

Tuhan itu Maha Besar.

Malah ujian yang Dia berikan untuk kita adalah tarbiah secara langsung.

Direct lesson , lesson for my life.

Walaupun aku tidak tahu makna ‘tarbiah’ pada masa itu.



Memang aku akui,

Semua masalahku punca dari kebodohanku sendiri,

Nafsu diagungkan, iman diketepikan.




God is the BEST LISTENER,

As time goes by,

He showed me ways to love Him,

To get closer to Him,

God ‘s love is absolutely beautiful,

For those who really ‘falls’ for Him,


If you try to get closer to Him one step,

He will get closer to you 1000 steps.


 - Sahih Bukhari -

That, is my inspiration to help me changed to be a better person

Open my eyes to the embracement of Islam.

SubhanAllah, Thank You My Lord.

Without You, I’m nothing,

Without Your Love, I’m hopeless,

I rather die than losing Your Love.

ALHAMDULLILLAH , THANK YOU MY LORD,

For give me this wonderful gift in my entire life.





Sunday 6 January 2013

Dunia Akhir Zaman

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: pengukir kata muka buku