Tuesday 24 July 2012

Ramadhan Terakhir...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan bulan mendidik hati dan jiwa kita..
Jika bulan Ramadhan kita belajar menjaga semua anggota dari melakukan maksiat..pastinya juga kita boleh lakukan nya di masa-masa yang lain.
kata-kata yang di kopipes dari Doodle Dakwah (Facebook). 

RAMADHAN KAREEM!
Alhamdulillah Allah pertemukan semula kita dengan Ramadhan 1433H. Subhanallah saban hari dalam beberapa bulan lalu kita kerap mendengar berita seorang demi seorang saudara seakidah yang pulang menemui Ilahi sebelum sempat bertemu Bulan penuh rahmat nan mulia ini. Allahu Akram. Allah yang Lebih Mulia, Allah Maha Perancang. 

Sedarkah kita bahawa kita merupakan orang yang dipilih menjadi Tetamu Ramadhan?
Alhamdulillah andai anda sedar, tapi kalau baru tersedar saat terbaca ayat di atas ni, anda masih belum terlambat andai Ramadhan masih berbaki.

TERLAMBAT UNTUK APA???

Untuk menjadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang bakal melahirkan sosok jiwa muslim yang BERTAQWA!
ya, itu matlamat utama Ramadhan, mentarbiyah muslimin dan muslimat agar berjaya keluar dari bulan ini dengan jiwa Taqwa yang tinggi. Allahurobbi...

Bagi Umat Islam seluruh dunia, 1 Ramadhan sangat dinanti, kerana pada bulan ini, amal ibadah dilipat gandakan ganjarannya, ada malam yang jika kita beribadah didalamnya bersamaan dengan 1000 malam, ada solat sunat khas dan maghfirah Allah di akhirnya.. Allahurobbi sangat besar nikmat kurniaan Allah kepada umat Islam. BERSYUKURLAH... Alhamdulillah.

kalau nak diceritakan kelebihan setiap satunya, rasanya kita semua boleh ja tanya kat Ustaz Google atau Tok Guru Wiki. hihi zaman di hujung jari la katakan. tapi apa yang ingin ana tekankan adalah tentang UNIVERSITI OF TARBIYAH yang sedang kita lalui.

YA, RAMADHAN adalah UNIVERSITY OF TARBIYAH dimana semua yang memasukinya berlumba-lumba untuk Graduate dari universiti ini dengan first class honor of TAQWA.
cara setiap orang dalam mengejar TAQWA ini berbeza, terpulang masing-masing, tapi yang penting jadikanlah ianya satu amalan yang berterusan, bukan hanya di bulan Ramadhan, itu juga salah satu matlamat Ramadhan, mengubah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya...

bila berbicara tentang TAQWA, cara mudah mendefinisikan perkara ini boleh dilihat dari kata-kata Sayyidina Umar Al-Khattab ketika menjawab soalan salah seorang sahabat,
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda, bahawa Taqwa itu adalah :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya" ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Hakikatnya sahabat sekalian, Ramadhan ini bukan semua orang dapat melaluinya, bila kita diberi peluang, rebutlah peluang itu sebaiknya, cubalah sebaik mungkin mencapai tahap Taqwa yang tinggi, terus istiqamahlah dengan segala perubahan yang ditarbiyah dalam Ramadhan, anggap sahaja Ramadhan ini Ramadhan terakhir kita, hari ini, adalah hari terakhir kita berpuasa, hari terakhir kita beribadah kepada Allah, dan ingat sahabat sekalian,

"JADILAH HAMBA YANG RABBANI, 
BUKAN HAMBA RAMADHANI" 


No comments:

Post a Comment