Assalamualaikum semua..ana harap antum semua sihat2 belaka..
Di sini, ana nak mohon maaf disebabkan beberapa masalah teknikal dan ketiadaan idea, ana kurang untuk mengUPDATE entry baru..
InsyaAllah dalam masa terdekat semua masalah ini dapat dibetulkan..amin...
Be like a flower that gives its fragrance even to the hand that crushes it. -Iman Ali a.s.-
Thursday, 19 January 2012
Saturday, 7 January 2012
PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
Pelajaran dari Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim
Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengambalaan ternakannya di sebuah
bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian
terjadilah dialog di antara mereka.
Ibrahim bertanya,
“ Hari apakah yang peling mulia?”
Ahli ibadah
menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian
yang lain.”
“Apakah
engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga
mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan
hari itu?” ungkap Ibrahim.
“Janganlah
engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aq pernah berdoa sejak 30 tahun silam,
tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.
“Apakah engkau
mahu aq jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”
Ahli ibadah
itu menjawab, “Ya.”
“Sesungguhnya
jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia
selalu bermunajat, mengiba, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia
marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau
menghunjamkan keputusasaan di dalam hatinya.”
Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali
dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa
kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.
(Al Syaikh Al Baha’i)
Wednesday, 4 January 2012
a star which make a wish comes true..
3 jan 2012, berita menggemparkan
melibatkan hujan meteor. Ada sesiapa dapat nampak meteor tu?? Kalau kita ikot
cerita-cerita kartun dan cerita-cerita orang puteh, bila ada meteor mesti
watak-watak dalam cerita tu akan buat hajat pada bintang yang jatuh tu. Katanya,
bintang tu boleh buat hajat kita tercapai. So semua dah dapat ke buat hajat?? Tahniah
kepada yang telah membuat hajat.
Pertama sekali dekat sini ana nak
mohon maaf kepada semua sahabat yang telah membuat hajat. Sila istigfar
banyak-banyak dan betulkan kembali niat sahabat semua. Kenapa?? Perlukah kita
buat hajat kepada selain Allah?? Jangan lah kita mensyirikkan Allah. Allah
berfirman dalam surah al-Ikhlas ayat ke-2 yang bermaksud,
“Allah tempat meminta segala
sesuatu”
Dalam surah ini Allah dah tunjukkan yang kita hanya perlu minta
kepada-Nya. Bukan hanya kita, semua makhluk yang berada dibawah pentadbiran-Nya
perlu memohon pertolongan kepada-Nya. Allah juga berfirman tapi tak ingat dalam
surah apa yang bermaksud, “berdoalah kepada-Ku. Maka akan-Ku kabulkan doa itu.”
Jadi kenapa kita x terus berdoa kepada-Nya?? Ingatlah bahawa janji-janji Allah
adalah benar. Cepat atau
lambat suatu doa itu dikabulkan adalah kehendak dan ketetapan Allah.
Kemudian di dalam Al-Quran juga, ada disebutkan bahawa
berhala sembahan tidak akan memberi sebarang mudarat mahupun faedah kepada yang
memintanya. Bahkan ia akan menjadi bahan siksaan dalam neraka di akhirat kelak.
Ini bererti, seandainya hambaNya meminta atau memohon
hajat selain daripada Allah bererti dia telah syirik kepada Allah. Sesungguhnya
perbuatan memohon hajat ketika melihat tahi bintang... Hmm, satu lagi iaitu
memohon hajat sebelum meniup lilin kek hari jadi, adalah perbuatan khurafat dan
syirik! Si pemohon hajat akan berdoa ketika tahi bintang melintas kemudian
berharap hajat dikabulkan setelah tahi bintang itu hilang dari pandangan.
Ketika upacara memohon hajat sebelum meniup lilin. Si ’birthday boy/girl’ akan
disuruh memohon hajat sebelum meniup lilin, kemudian dia berharap hajat itu
akan dikabulkan setelah lilin ditiup. Hah! Karut.
Ia merupakan perbuatan yang boleh merosakkan akidah,
seandainya berterusan dilakukan boleh mencabut keimanan seseorang. Jadi
saudaraku sekalian berhati-hatilah dan beringatlah. Walau sebesar manapun dosa
kalian, selagi tidak syirik kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya.
Ketahuilah wahai saudaraku, masa yang sangat afdal
memohon hajat kepada Allah adalah pada sepertiga malam. Jadi sesiapa yang ada
masalah, mengadulah kepada Allah dan mohonlah doa pada Allah setelah selesai
solat qiamulail. InsyaAllah anda akan memperolehi kekuatan jiwa dan hajat anda
cepat dikabulkan Allah.
p/s :
jangan terpengaruh dengan budaya barat melalui media massa seperti filem, drama
dan sebagainya. Jika sudah terlanjur, segeralah bertaubat dan kembali ke
pangkal jalan. Jangan menunggu sehingga ajal sampai ke tengkorok, ketika itu
taubat tidak berguna lagi. Jadi masa tengok tahi bintang tu lain kali, baca le doa.
Doanya
begini.
مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله
Ertinya:"Apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan
dengan pertolongan Allah".
Sunday, 1 January 2012
tahun baru masihi, azam masihi..
Assalamualaikum semua. Kali ini ana tak ada nak cerita apa-apa pun. Cuma kali ni hanyalah entry biasa dimana penulis blog iaitu ana nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi. Yeah!! kita sudah masuk ke tahun baru, jadi masing-masing mesti ada azam baru kan?? Agaknya lah kan, azam kita tahun lepas tertunai tak??ada x kita masukkan azam untuk meningkatkan iman kita untuk setiap tahun?? Kalau tak ada, bolehlah berbuat demikian. Sekurang-kurangnya kita cuba untuk menjadi khalifah Allah yang lebih baik dimuka bumi ini. InsyaAllah.
Itu sahaja yang ana nak ucapkan. Ingat ya, Ilmu tanpa amal seperti pohon tidak berbuah. Jadi sama juga dengan iman. Tanpa amalan yang berterusan, iman tak boleh berada di atas setiap masa..
Jadi disini ana menyeru pembaca semua untuk sama-sama meningkatkan iman. InsyaAllah.
pesanan ini juga untuk diri ana sendiri.
Salam ukhuwah fillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)