3 jan 2012, berita menggemparkan
melibatkan hujan meteor. Ada sesiapa dapat nampak meteor tu?? Kalau kita ikot
cerita-cerita kartun dan cerita-cerita orang puteh, bila ada meteor mesti
watak-watak dalam cerita tu akan buat hajat pada bintang yang jatuh tu. Katanya,
bintang tu boleh buat hajat kita tercapai. So semua dah dapat ke buat hajat?? Tahniah
kepada yang telah membuat hajat.
Pertama sekali dekat sini ana nak
mohon maaf kepada semua sahabat yang telah membuat hajat. Sila istigfar
banyak-banyak dan betulkan kembali niat sahabat semua. Kenapa?? Perlukah kita
buat hajat kepada selain Allah?? Jangan lah kita mensyirikkan Allah. Allah
berfirman dalam surah al-Ikhlas ayat ke-2 yang bermaksud,
“Allah tempat meminta segala
sesuatu”
Dalam surah ini Allah dah tunjukkan yang kita hanya perlu minta
kepada-Nya. Bukan hanya kita, semua makhluk yang berada dibawah pentadbiran-Nya
perlu memohon pertolongan kepada-Nya. Allah juga berfirman tapi tak ingat dalam
surah apa yang bermaksud, “berdoalah kepada-Ku. Maka akan-Ku kabulkan doa itu.”
Jadi kenapa kita x terus berdoa kepada-Nya?? Ingatlah bahawa janji-janji Allah
adalah benar. Cepat atau
lambat suatu doa itu dikabulkan adalah kehendak dan ketetapan Allah.
Kemudian di dalam Al-Quran juga, ada disebutkan bahawa
berhala sembahan tidak akan memberi sebarang mudarat mahupun faedah kepada yang
memintanya. Bahkan ia akan menjadi bahan siksaan dalam neraka di akhirat kelak.
Ini bererti, seandainya hambaNya meminta atau memohon
hajat selain daripada Allah bererti dia telah syirik kepada Allah. Sesungguhnya
perbuatan memohon hajat ketika melihat tahi bintang... Hmm, satu lagi iaitu
memohon hajat sebelum meniup lilin kek hari jadi, adalah perbuatan khurafat dan
syirik! Si pemohon hajat akan berdoa ketika tahi bintang melintas kemudian
berharap hajat dikabulkan setelah tahi bintang itu hilang dari pandangan.
Ketika upacara memohon hajat sebelum meniup lilin. Si ’birthday boy/girl’ akan
disuruh memohon hajat sebelum meniup lilin, kemudian dia berharap hajat itu
akan dikabulkan setelah lilin ditiup. Hah! Karut.
Ia merupakan perbuatan yang boleh merosakkan akidah,
seandainya berterusan dilakukan boleh mencabut keimanan seseorang. Jadi
saudaraku sekalian berhati-hatilah dan beringatlah. Walau sebesar manapun dosa
kalian, selagi tidak syirik kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya.
Ketahuilah wahai saudaraku, masa yang sangat afdal
memohon hajat kepada Allah adalah pada sepertiga malam. Jadi sesiapa yang ada
masalah, mengadulah kepada Allah dan mohonlah doa pada Allah setelah selesai
solat qiamulail. InsyaAllah anda akan memperolehi kekuatan jiwa dan hajat anda
cepat dikabulkan Allah.

Jadi masa tengok tahi bintang tu lain kali, baca le doa.
Doanya
begini.
مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله
Ertinya:"Apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan
dengan pertolongan Allah".
No comments:
Post a Comment