Nabi Ibrahim
Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengambalaan ternakannya di sebuah
bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian
terjadilah dialog di antara mereka.
Ibrahim bertanya,
“ Hari apakah yang peling mulia?”
Ahli ibadah
menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian
yang lain.”
“Apakah
engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga
mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan
hari itu?” ungkap Ibrahim.
“Janganlah
engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aq pernah berdoa sejak 30 tahun silam,
tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.
“Apakah engkau
mahu aq jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”
Ahli ibadah
itu menjawab, “Ya.”
“Sesungguhnya
jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia
selalu bermunajat, mengiba, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia
marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau
menghunjamkan keputusasaan di dalam hatinya.”
Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali
dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa
kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.
(Al Syaikh Al Baha’i)
No comments:
Post a Comment