Terkadang hati ini tertanya-tanya....
Kenapa
masih perlu menunggu?
sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri
ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku…
“Ya Allah, kurniakanlah
kepada ku hambaMu yg soleh sebagai suamiku, agar dia dapat membimbingku menuju
syurgaMu…”
Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian
itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam
perjuangannya… eh?? perjuangan??
Ya Allah…aku lupa lagi…
seorang mujahid, tujuannya satu…
berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar
suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu
juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua
hati dalam rongganya….” [33:4]
Hati si mujahid
telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada
perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si
mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya?
Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah
perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih
tidak boleh leka dari perjuangannya!!
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu,
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu
khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya,
maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan perjuangan?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???
Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan
suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Saidatina Khadijah
mahupun Saidatina Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi...
Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan
mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi
pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul...
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu
“Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia
dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku
ceraikan kamu dengan cara yang baik“
[33:28]
Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah...sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!
Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta
mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...
Hati, janganlah kau lekakan aku
dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku
raih....
Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih
terlalu rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak
mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua...
Duhai hati...
bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan
doamu... hari itu akan tiba jua.... apabila engkau telah bersedia
menghadapinya kelak.... bersabarlah.....
|
sumber : drpd kakak angkatku. :)
jika mujahid sudah menjadikan perjuangan sebagai isteri pertamanya,,,
ReplyDeleteizinkan aku ya Rabbi menjadi bidadari keduanya..
aku tidak kisah bermadu,,
asalkan aku berpeluang meneguk sehirup cinta si mujahid kepadaMU..
dan menjadi tulang belakangnya menegakkan kalimahMU...
Ya Rahim,,
perkenan doa kami ini...
Amin. InshaAllah. :)
Delete