Sunday 25 December 2011

Akhlak terkapai kerana Dosa


Kisah dialog antara wali Allah yang bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki.

Pada suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq (panggilan bagi Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian.”
Ibrahim menjawab: “jika kamu mahu menerima LIMA hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak akan mudah dihancurkan oleh kelazatan duniawi.” Lelaki itu berkata: “tolong sampaikan hal itu kepadaku wahai Abu Ishaq”

Kemudian Ibrahim berkata:
“PERTAMA: Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezeki-Nya.”
Pemuda itu bertanya, “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan: “Begini,wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?” Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang kedua.”

Lalu Ibrahim pon berkata:
“KEDUA: Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.”
Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat dari perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu dimanakah aku tinggal?” Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakai-Nya?” Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutkan perkara yang ketiga!”

Ibrahim berkata lagi:
“KETIGA: Jika kamu hendak melakukan kemaksiatan,sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas melakukan maksiat.”
            Lelaki itu semakin bingungdan kemudian berkata: “Wahai Ibarahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu saja mengetahui apa saja yang dirahsiakan?” Ibrahim meneruskan hujahnya: “wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi gerak-gerimu?” pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!”

Ibrahim berkata:
“KEEMPAT: Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cube mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kepada Allah.”
Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”Tanya Ibrahim: “kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan disini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?” Lelaki itu terus berkata: “sekarang cuba sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata:
“KELIMA: Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”
            Jawab lelaki itu: “mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu sahaja, walaupon aku kemukakan pelbagai alasan.”Ibrahim bertanya lagi: “jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?” lelaki itu berkata: “wahai Ibrahim! Cukuplah !sekarang aku akn bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Selepas peristiwa itu lelaki itu tekun beribadat hingga ke akhir hayatnya.

No comments:

Post a Comment