Saturday 24 December 2011

panduan Qiamullail


àbangun pagi, sapu muka dan berdoa.

à bersugi.

à antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan didtutup dengan solat sunat witir.

          Rasulullah bersabda yang bermaksud : "solat yang peling baik dikerjakan selepas solat fardhu ialah solat sunat tahajjud pada waktu malam." (riwayat Muslim)

          Allah  berfirman yang bermaksud : "dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak." (surah al-Isra' 17:79)

à memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab doa.

à sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.

à merintih dan menangis dihadapan Allah.

à sementara menunggu waktu subuh, bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.

à amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.

No comments:

Post a Comment