Friday 27 January 2012

sahabat


Siapa yang tidak sayang sahabat..
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau ketika kita terlupa akan dirinya.. 
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ walau kita hanya menggunakannya ketika hidup kita berliku.. 
Uniknya, sahabat itu masih setia menunggu di situ kerana dia mahu kita senyum bahagia.. 
Unik kan sahabat itu??? 

Jangan pelik bila melihat ada sahabat sebegitu.. 
Sanggup telan pahit kerana tidak sanggup melihat kita perit.. 
Sanggup menjadi pendengar yang setia kerana mahu kita bahagia.. 
Sanggup ukir senyum untuk kita walau hatinya ketika itu ada nanah dan dihujani masalah.. 
Sukar tahu, mulut tersenyum ketika dilanda susah.. 

Tapi, sahabat itu mampu.. 
Mampu senyum untuk kita walau dalam hatinya juga ada duka...

Sumber : Nur Abyad Kala

No comments:

Post a Comment